sepatu, selepas itu

-------------------

 

sebelumnya kita

tak pernah teringatkan bila

masa kita tinggalkan

kaki yang ayam dan mula

berselipar kemudian akhirnya

bersepatu

 

dalam kita berlarian

di laman, kadang-kadang

di tanah, di bawah rumah

kita tak pernah menghitung

setiap tusukan duri biji ru

atau jirekan najis haiwan

 

selepas itu

kita dah bersepatu. dan

setiap ilap kita igap

pantulan wajah berdekad. dan

kita tiada meratibkan

pijakan setiap langkah yang mengajar

kita berjalan.

yang tinggal cuma bingkai

bergambar fotograf-fotograf pudar.

 

 

k. trg.

4.2.17

(ssps1 6a '71-'17)