kerahilah
sisa-sisa semangat
dari hujung-hujung
jari dan siku
kerana permaidani
yang disulam
dari urat-urat
waktu, disenjah,
ditarik
dari bawah kaki-kakimu.
dan tiba-tiba di dalam lif kau insafi
telah terlampau
banyak musim-musim
yang pergi dan hilang
selama-lamanya;
tiba-tiba rambutmu pudar
kelabu; tiba-tiba kau lesu.
keluhilah
keluar sisa-sisa impian
dari dasar lautan hati dan
rindu,
rebahlah
ke belakang kerusimu, biarkan
kusyennya
mengambil beban-bebanmu.
Imperial
Safar 1405