seorang melayu di mangere

 

 

mangere selepas pekannya

, dalam petang panjang

menunggu bas pulang

saujana taman hijau bicemar

. camar dari pasifik sebelah

hati-hati tarikcari rotibaki

.? waitangi

. − maunga mangere volkano mati

kini rumputan sapi putih-hitam.

eanak maori berkeliaran di pekedaian

datang beramaian

bersalaman.

sementara bas datang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

auckland/aotearoa

  2003