sepeninggalan

 

 

 

ucapan-ucapan

  selamat tinggal

adalah untuk perpisahan-perpisahan

      tersangat janggal

adalah kata-kataku yang kasar & kegagapan

 

kemudian

rindu adalah tidak perlu lagi

kerana jalan-jalan hidup

         kita akan bercerai

di sini.

kerana rindu adalah penantian

untuk perdampingan

yang tiada akan datang.

 

maka selamat tinggallah

kepada memori

kerana adalah tidak perlu lagi.

 

 

 

 

 

 

 

dewan malaysia london

akhir penggal gugur 1982