sebutir sejarah yang
tumbuh pulau
pasir ini dibahagi pagar kasta
kami brahmina
hidup
di nusa dua ini kami bayar dolar
di seberang pantai terlarang mereka
priwatan mengemis ihsan belian
sang brahmina mancung pucat kulit
yang makan udang kara di jimbangan di
mana nelayan dijual
tekanan dolar dan panjatan
kasta
Ogos `02