subway tokyo

 

 

 

di sebelah usahawan dan gadis berkimono

itu

duduk

seorang sami kuning

bajunya sebelahnya

gadis kaca

di sebelah

kotawan muda

bersebelahan dengan uban

tidur

disebelahnya komik jepun

dan pasangan tua

ada kasut

berdiri di sebelah

universiti cuti

dan di sini

aku seorang gaijin.

semua kami bergerak ke tempat sama

tapi menuju ke arah berlainan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1991

 

 

 

 

 

 

 

 

Lawatan Lain, DBP, 1995