tengah hari
sehelai engkau terlerai
di sidratul muntaha.
tempoh hari
kita tempoh tahun
tempuh
lorong debu Mae Sot.
pasca baikian koronari
kini
aku di antara saf-saf padat.
situ ngkau dengan sumbat di dada
sini
aku dengan kesumat di dada
tapi itu berbaring bukan ngkau
- ngkau adalah segenggam imej
selintas
senyum, kerutan dahi & kilauan kerinting perak
dan aku
susuli ngkau ke perkuburan
dalam
gegas aku mahu kembali mesyuarat di pejabat
. ngkau punyai segala masa
damansara utama / kiara