293 klik


glosari KALAM

absurdismeabsurdismManusia mencari makna dan membinanya di dalam semesta yang tak bermakna.
altruismealtruismSikap membuat sesuatu untuk kebaikan orang lain, tanpa mengharapkan balasan.
anarkianarchyKeadaan masyarakat yang menolak hierarki sepenuhnya.
agnostikagnosticPercaya yang tiada diketahui atau dapat diketahui tentang kewujudan dan sifat Tuhan.
antropomorfismeanthropomorphismKecenderungan menganggap dunia luar sebagai cerminan manusia.
apofatisismeapophaticismPegangan bahawa tiada perkataan boleh memerihalkan Tuhan.
aristotelianismearistotelianismFalsafah yang menekankan logik deduktif formal,konsep bahawa realiti ialah gabungan bentuk dan jirim, dan penyelidikan ke atas yang konkret dan yang tertentu. Menyatakan ada 4 sebab: sebab benda (sifat dan binaan fizikan), sebab formal (struktur atau rekabentuk), sebab berkesan (agen yang sebenarnya memberi kesan), dan sebab akhir (tujuan muktamad).
asy’ariahash’arismMazhab teologi sunni utama, yang berpegang Tuhan maha berkuasa, dan maha adil, dan sifat Tuhan tak dapat dijangkau pemikiran dan deria manusia, dan manusia punyai pilihan namun di antara kemungkinan-kemungkinan yang dicipta Tuhan. Menyokong kalam dan penerokaan intelek.
ateismeatheismTak percaya kewujudan Tuhan, walau ada percaya keruhanian.
autoteismeautotheismPercaya bahawa Tuhan adalah diri, atau dalam diri.
budismebuddhismTradisi ugama dan falsafah yang berpegang bahawa kehidupan ialah penderitaan, akibat keinginan manusia, dan penderitaan ini boleh ditamatkan menerusi hikmah, kelakuan beretika, dan meditasi.
darwinismedarwinismIde yang perubahan beransur dan membaiki (memberikan yang lebih baik) berlaku, dan perubahan makro terdiri daripada siri perubahan-perubahan kecil ini.
deismedeismePercaya kepada Tuhan, dan bahawa perjalanan alam tabii tak perlukan campurtangan Tuhan, dan aqal dapat membabatkan kewujudan Tuhan dari alam tabii.
dekonstruktionismedeconstructionismTeori yang mempersoal andaian tradisi berkenaan ketentuan identiti dan kebenaran, dan perolehan makna oleh teks dan simbol; yang menekankan bahawa kata hanya boleh merujuk kepada kata-kata lain, dan cuba menunjukkan bahawa kenyataan terhadap mana-mana teks tumbangkan maknanya sendiri.
deontologideontologyFalsafah yang menerima bahawa kelakuan beretika itu menurut peraturan-peraturan tertentu.
dharurinecessaryTerang dan jelas tanpa perlu penelitian (bdk. nazhari).
disteismedystheismPercaya bahawa Tuhan jahat.
dualismedualismOntologi yang berpegang bahawa ada alam lain selain alam benda.
dualisme KartesanCartesian dualismPendakwaan bahawa minda yang bukan benda, dan jasad yang benda, adalah dua perkara berbeza secara ontologi, tetapi bersalingtindak dengan kesebaban.
egoismeegoismFalsafah bahawa manusia patut bertindak untuk keabikan mereka.
eksistensialismeexistentialismPegangan bahawa kehidupan tidak punyai makna dan tujuan, dan kita boleh berikan apa-apa makna yang kita kehendaki.
elitismeelitismPercaya bahawa suatu kumpulan kecil tertentu patut diberi pengaruh dan kuasa.
empirisismeempiricismTeori yang semua pengetahuan adalah berdasarkan pengalaman yang terbit daripada deria-deria.
epifenomenalismeepiphenomenalismPegangan bahawa peristiwa fizikal dan biokimiaan dalam badan adalah penyebab peristiwa minda, dan tidak sebaliknya.
epikurunismeepicuranismFalsafah materialisme, pragmatisme dan hedonisme egoan tentang kebahagian hidup.
epistemologiepistemologyTeori tentang pengetahuan, sifatnya, justifikasi, dan kesahannya.
euteismeeutheismPercaya bahawa Tuhan sepenuhnya baik.
falasifallacyTakulan yang tidak sah.
falsafahphilosophyKajian akademik bekenaan tabiat asas pengetahuan, realiti, dan kewujudan.
falsafah SokratesSocrates’ philosophyBerpegang kepada penaakulan, bukan doktrin, sebagai asas etika. Persoal setiap anggapan tentang kebaikan dan kebijaksanaan. Falsafah untuk kebaikan masyarakat; pilihan manusia dimotivasikan kehendak untuk kebahagiaan.
fatalismefatalismPegangan bahawa perkara masa depan tak dapat dielakkan; perkara-perkara tertentu mesti akan berlaku.
fizikalismephysicalismKepercayaan bahawa sains semuanya dapat diturunkan kepada akhirnya fizik.
fungsionalismefunctionalismPendapat bahawa struktur ditentukan oleh fungsi.
hedonismehedonismDoktrin melakukan apa-apa yang membawa keseronokan dan kegembiraan.
holismeholismSains pada tahap yang lebih rendah adalah tidak relevan kepada sains peringkat tinggi. Tahap yang lebih tinggi mempunyai keutamaan dalam memberi penjelasan. Tingkah-laku komponen-komponen hanya boleh dijelaskan dari segi hubungan di antaranya dalam keseleuruhan sistem.
humanismehumanismSistem pemikiran yang memberi kepentingan kepada hal manusia daripada ketuhanan atau yang ghaib.
idealismeidealismMemegang kepada perwakilan alam seperti yang ia mungkin atau sepatunya begitu, dan bukan yang ia sebenarnya begitu. Membenarkan imaginasi dan pengkonsepan mindaan.
individualismeindividualismTeori social yang mendahulukan kebebasan tindakan individu daripada kawalan masyarakat atau negara.
individualisme metodologianmethodological individualismMenerima munculan dalam hubungan mikro-makro dalam sosiologi, namun memegang kepada reduksionisme, di mana sifat-sifat social boelh diterangkan sepenuhnya oleh sifat-sifat individu dan saling-tindak mereka.
individualisme ontologianontological individualismPegangan ontology dalam sosiologi yang hanya individu wujud.
jabariahjabariyahPegangan yang segala yang berlaku dan dilakukan manusia adalah dariapada kuasa dan ketetapan Tuhan; manusia tiada pilihan atau kuasa.
kalamkalamSains pengkajian doktrin Islam.
kapitalismecapitalismPegangan bahawa perdagangan dan industry sesuatu negara diterajui oleh pemilik-pemilik persendirian untuk mencari untung.
keakibatanconsequentialismFalsafah yang sesuatu tindakan membawa kepada akibat tertentu.
kefungsian strukturanfunctional structuralismSistem sebagai struktur yang berhierarki dan teruraikan, maka bermodul.
kelitupansupervenienceHubungan di antara dua tahap analisis, di mana jika dua peristiwa punyai perihalan sama pada aras rendah, dua peristiwa ini juga sama pada tahap tinggi.
kemunculanemergentismSejenis bukan reduktionisme yang menerima kedudukan ontologi golongan materialsime.
kemutlakanabsolutismBerpegang kepada suatu kebenaran/kenyataan yang mutlak.
keplatoanplatonismFalsafah Plato yang menekankan bahawa benda sebenarnya adalah salinan daripada ide-ide transenden dan bahawa ide-ide inilah maksud pengetahuan sebenar yang diperolehi menerusi kenangan.
kesainsanscientismPegangan bahawa hanya dakwaan-dakwaan sains yang betul dan sah.
kesyirikanpolytheismPercaya tuhan banyak, atau mengaitkan kuasa ketuhanan kepada banyak entiti.
komputationismecomputationismPegangan bahawa semua benda adalah gumpalan maklumat, dan semua proses adalah komputeran.
komunismecommunismKerajaan oleh kelas pekerja setelah revolusi, menghasilkan masyarakat tak berkelas.
konfusianismeconfucianismIdea yang kehidupan manusia berada dalam ikatan raja-rakyat, bapa-anak, suami-isteri, abang-adik, dan kenalan tua-kenalan muda, yang setiapnya mempunyai peraturan dan tugas.
konstruktivismeconstructivism Teori pembelajaran di mana pengetahuan dibina daripada pengalaman.
liberalismeliberalismFalsafah politik dan moral berasaskan kebebasan, persetujuan mereka yang diperintah, dan kesamaan terhadap undang-undang, dan secara amnya menyokong kerajaan terhad, hak asasi, pasaran terbuka, sekularisme, persamaan gender dan ras, keantarabangsaan, kebebasan bersuara dll.
logiklogicSains berkenaan prinsip formal taakulan: kesahan babatan dan demonstrasi.
materialismematerialismFahaman bahawa hanya benda fizikal wujud, dan yang menyebabkan adanya dan terjadinya segala sesuatu dalam alam.
maturidiyahmaturidiyaSatu daripada teologi utama sunni, berpegang bahawa sifat baqa dan kekal dan tak terpisah daripada zat, wahyu diperlukan bersama akal untuk mengenali kebenaran, dan manusia punyai kebebasan memilih tetapi semuanya dijadikan Tuhan. Menyokong sains dan falsafah.
mentalismementalismTeori bahawa fenomena fizik dan psikologi akhirnya hanya boleh diterangkan dari segi minda yang kreatif dan menafsir.
metafizikmetaphysicsCabang falsafah yang menangani prinsip-prinsip asas, seperti kewujudan, pengetahuan, pengenalan, masa, dan ruang.
misoteismemisotheismPercaya Tuhan jahat.
modernismemodernismGerakan yang sengaja melawan kuat tradisi, iaitu pandangan ugama, politik dan sosial yang tertubuh selama ini, dengan mempercayai bahawa dunia dibina dalam ia dicerap.
monarkimonarchySistem kerajaan di bawah seorang raja.
monoteismemonotheismKepercayaan kepada satu Tuhan.
muktazilahmu’tazilaBerpegang bahawa kebenaran boleh diperolehi menerusi akal, dan bahawa sifat itu sesuatu yang wujud bebas daripada zat.
nazhariPerlu penelitian (bdk. dharuri).
neodarwinismeneodarwinismModifikasi kepada darwinisme untuk menerangkan kenapa bukti perubahan beransur tidak didapati, dengan menggunakan ide seperti pengumpulan variasi dalam takungan gen bukan dalam individu dan seperti pengasingan.
nihilismenihilismPercaya kepada ketiadaan makna dalam kenyataan.
objektivismeobjectivismFalsafah individuisme rasionalan yang percaya bahawa perkara tertentu, terutama kebenaran baik-buruk, wujud bebas daripada pengetahuan atau persepsi manusia, dengan itu kejayaan seseorang tidak bergantung kepada individu lain.
okasionalismeoccasionalismDoktrin bahawa setiap detik peristiwa berlaku dengan campurtangan berterusan Tuhan.
oligarkioligarchyPemerintahan oleh kumpulan kecil elit.
ontologiontologyMetafizik berkenaan kewujudan dan kejadian, ciri benda dan hubungan di antaranya.
optimismeoptimismDoktrin bahawa dunia ini terbaik di antara dunia-dunia yang mungkin.
organisismeorganicismMasyarakat adalah seperti organisme biologian.
panteismepantheismPercaya bahawa Tuhan adalah alam adalah tabii.
pascakebenaranposttruthKeadaan di mana pendapat ramai lebih dipengaruhi oleh kepercayaan dan emosi peribadi daripada fakta objektif.
pascamodernismepostmodernismPergerakan yang dicirikan oleh keraguan meluas dan kesubjektifan, dan kesangsian terhadap teori dan penaakulan.
pascastruktalismepoststructuralismSambutan (sambungan atau penolakan) terhadap strukturalisme sebelumnya.
perfektionismeperfectionismDoktrin bahawa kesempurnaan (terutama dalam hal moral dan keruhanian) dapat dicapai, dan patut dicapai.
peripatetikperipateticsFalsafah Aristotle. Pegangan bahawa pemikiran lbih utama daripada penderiaan, namun penderiaan diperlukan untuk menentukan realiti.
pluralismepluralismPenerimaan pelbagai jenis manusia dengan kepercayaan dan pendapat berlainan, dan pelbagai jenis sistem.
plutokrasiplutocracyKerajaan oleh mereka yang kaya.
populismepopulismFalsafah politik di mana pemerintahan haruslah dari orang ramai, dan bukan dari kumpulan elit tertentu.
positivismepositivismPegangan epistemologi bahawa tujuan pengetahuan ialah memerihal fenomena yang dialami, dan tak perlu untuk sesuatu yang tak dapat ditentukan.
positivisme logiklogical positivismPegangan positivisme bahawa masalah falsafah yang bermakna hanyalah yang boleh diselesaikan oleh analisis logik.
pragmatismepragmatismPegangan bahawa kata hanyalah alat dan tak punyai makna asal, tapi maknanya diteguhkan oleh penggunaan biasa.
progresivismeprogressivismFalsafah politik yang menyokong pembaikan social.
psikologi kesosiobudayaansocioculturalist psychologyIndividu dipengaruhi dan dibentuk oleh keadaan sosial mereka.
qadariahqadariahBerpegang bahawa segala kerja manusia itu terjadi segalanya dengan kehendak dan kuasanya sendiri; Tuhan hanya menyediakan peruntukan kepadanya.
qualiaqualiaKomponen dalaman dan subjektif persepsi rasa, yang timbul daripada rangsangan deria oleh fenomena.
rasionalismerationalismPercaya kebenaran ditentukan oleh logik deduktif.
realismerealismPegangan bahawa apa yang dipersepsikan sebenarnya wujud “di luar sana” dan bukan dalam minda semata-mata.
realisme sainsscientific realismPandangan bahawa semesta yang diperihalkan sains itu nyata bagaimanapun tafsirannya; sebab itulah sains begitu berjaya.
reduksionismereductionismPenurunan analisis tahap kolektif kepada penerangan dari segi komponen-komponen.
relativismerelativismDoktrin bahawa pengetahuan, kebenaran, estetik dan kemoralan wujud berkaitan budaya, masyarakat dan konteks sejarah, dan bukan mutlak.
sainsscienceKajian alam semulajadi dan tabiat benda semulajadi, dan pengetahuan yang diperolehi mengenainya.
semiotiksemioticsKajian sistem-sistem isyarat: kegunaan, interpretasi dan perwakilan.
silogismesyllogismKaedah babatan logik secara bersistem, dari premis kepada rumusan.
sinkretismesyncretismAdunan pelbagai agama, budaya, dan/atau sebagainya.
skeptisismescepticismKepercayaan bahawa tiada kebenaran tertentu, hanya kepercayaan; setiap dakwaan perlu dipersoali.
sofismesophismMazhab falsafah yang percaya kepada kerelatifan kebenaran, dan kebenaran mutlak tidak wujud.
solipsismesolipsismPegangan bahawa hanya diri boleh diketahui wujud.
sosialismesocialismPegangan yang kapitalisme harus dikawal.
stoisismestoicismSekolah falsafah yang mengajar kebaikan berdasarkan ilmu, dan harus bebas daripada emosi keseronokan mahupun penderitaan.
strukturalismestructuralismTeori yang wujud struktur dalaman bawahan yang diarahkan oleh peraturan nalar dan tak sembarangan, yang punyai kesan yang boleh diukur ke atas bahasa, telatah, masyarakat dan budaya.
taoismetaoismeFalsafah tradisi Cina yang percaya kepada suatu kebenaran di sebalik deriaan manusia, yang sangat berkait dengan alam tabii, dan tujuan hidup manusia ialah untuk memehami kebenaran ini dan hidup berharmoni dengannya.
teismetheismPercaya adanya Tuhan.
teknokrasitechnocracyPemerintahan oleh pakar teknologi.
teleologiteleologyKajian tentang tujuan dan pengakhiran.
teokrasitheocracyKerajaan berasaskan panduan Tuhan, atau oleh mereka yang dianggap dipandu Tuhan.
teologitheologyKajian sistematik sifat Tuhan dan kepercayaan agama.
tradisionalismetraditionalismSistem falsafah di mana tradisi ialah penentu utama.
transendentalismetranscendentalismPergerakan falsafah yang memberatkan menjangkaui masyarakat, dunia fizikal, ugama dan falsafah.
utilitarianismeutilitarianismPegangan bahawa beretika atau bermoral ialah yang memaksimumkan kebahagian jumlah terhadap semua manusia dan meminimumkan kesakitan jumlah.
vitalismevitalismPegangan bahawa organisme hidup mengandungi daya atau bahan ‘vital’ sebagai tambahan kepada jirim fizikal.